Monday 9 January 2017

Sekitar perkahwinan Farah Asyikin (11 gambar HD)


Dengan sekali lafaz, Farah Asyikin Zulkifli, 37, sah menjadi isteri kepada pengurus sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, kira-kira jam 11.57 pagi Sabtu lalu. Majlis berkenaan dilangsungkan di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara yang dihadiri 500 tetamu.

Selain menerima mas kahwin RM80, Farah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ia merupakan perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya. Hasil perkahwinan keduanya, Farah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya mengenali suami sejak setahun lalu dan pada Mac lalu, dia melamar saya.

“Suami sempat mengenali arwah bapa yang meninggal dunia pada bulan dia melamar saya dan hubungan kami direstui keluarga. Arwah bapa dan keluarga begitu menyayanginya," katanya kepada Berita Harian.
Farah mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan. -gambar Facebook Farah Asyikin
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment