PERSONALITI yang menghiasi ruangan Bakat Baru minggu ini, Shaza Bae atau nama lengkapnya, Shaza Nuriman Mohd Zamri, 21, mengakui bukan satu tugas yang mudah insan baru sepertinya untuk berdiri setara dengan penggiat seni senior sedia ada.
Baginya, adalah menjadi satu kemestian buat pendatang baru sepertinya agar kekal berusaha untuk bersaing, selain mempamerkan kualiti seni yang baik khasnya di mata pengarah drama televisyen tempatan.
“Pada peringkat awal, bakat saya dicungkil oleh seorang wakil agensi. Ketika itu saya sedang makan-makan bersama rakan lalu didatangi wakil tersebut dan meminta saya untuk mencuba nasib sebagai pelakon iklan.
“Saya beranikan diri untuk hadir uji bakat atas sokongan keluarga dan teman. Alhamdulillah, saya pilih untuk membintangi iklan khas hari raya untuk Petronas pada tahun 2013 dan sejak itulah, semuanya berjalan lancar hingga membuatkan kecintaan saya terhadap dunia seni ini kian bertambah,” ujar anak sulung dari dua beradik ini panjang lebar.
“Satu demi satu rezeki untuk membintangi iklan datang dan tuah saya apabila ada penerbit yang menghubungi saya di Instagram mempelawa untuk hadir ke uji bakat pencarian pelakon. Saya cuba dan akhirnya diterima berlakon.
Antara iklan komersial yang pernah dilakonkannya ialah KFC, Maxis dan Hotlink.
“Syukur, saya bertuah kerana semuanya berjalan seperti yang diharap-harapkan. Apa pun, ia bukanlah satu tugas mudah kerana amanah yang diberikan mereka besar dan sudah pasti, saya perlu galas ia dengan sebaik mungkin.
“Saya juga enggan dilabel ‘harapkan muka saja’. Kalau boleh, saya pasang angan untuk angkat seni itu ke satu tahap yang tinggi,” terang Shaza yang turut aktif menulis puisi dan melukis ini.
Mahu ada galeri seni sendiri
Selain aktif dalam drama dan iklan komersial, figura tinggi lampai ini juga sedang mengintai peluang untuk memasarkan puisi-puisi hasilannya. Baginya, cabang seni itu terlalu luas dan bukan hanya terikat kepada dunia lakonan semata-mata.
“Seni itu skalanya begitu besar dan istilah ‘artis’ itu sendiri merujuk kepada mereka yang terlibat secara langsung sama ada dalam dunia penulisan, lukisan, hiburan dan sebagainya. Jadi saya sendiri mahu anggap ia ke satu tahap yang boleh dibanggakan.
“Kalau boleh, saya mahu ada galeri sendiri, untuk rakam dan kumpulkan segala hasil seni saya di galeri berkenaan. Ya saya sedar ia adalah sesuatu yang terlalu payah untuk direalisasikan.
“Namun saya percaya, kalau ada minat kesungguhan, ia akan dapat direalisasikan, meski bukan di dalam masa terdekat,” kata pelakon Tundukkan Playboy itu yang juga merupakan pelajar di Universiti Malaya.
Berkongsi perihal perkembangan terbarunya juga, Shaza yang turut terlibat di dalam drama web berjudul Kampus Korang bersama Elfira Loy pada Disember lalu tidak sabar menantikan program kendaliannya berjudul Manja Diri untuk siaran RTM.
Jelas Shaza, program tersebut berbentuk kecantikan yang mana dia bersama pihak produksi akan melawat spa terpilih di seluruh negara bagi melihat dan mencuba sendiri akan regim kecantikan unik di spa-spa tersebut.

No comments:
Post a Comment