HEYUAN CITY - CHINA. Beberapa gambar tular menunjukkan seekor tikus diikat dan "dimalukan di khalayak ramai" sebagai hukuman kerana mencuri.
Tikus berkenaan dilaporkan ditangkap oleh seorang lelaki yang memiliki kedai di Heyuan City, selatan China.
Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan, tikus berkenaan diikat pada kotak yang disusun pada troli.
Sekeping nota kecil berwarna kuning juga turut digantung pada leher tikus berkenaan
"Walaupun anda memukul saya sehingga mati, saya tidak akan mengaku saya mencuri nasi anda.
Sementara itu, gambar kedua pula menunjukkan nota berlainan yang tertulis " Saya bersumpah tidak akan melakukannya lagi"
Bagaimanapun, nasib tikus berkenaan tidak diketahui.
Foto-foto berkenaan dikongsi dan menjadi tular di laman sosial China, Weibo.
Kemunculan foto-foto sedemikian mengundang kerisauan ekoran trend terhadap "penderaan" tikus di China.
Awal bulan ini, sebuah video yang menunjukkan tikus turut diikat kerana mencuri pisang di Chengdu.