Saturday 21 January 2017

Zul Ariffn dedah kenapa dia tidak muncul setahun

Zul Ariffin berkata dia berasa lebih tenang dan kembali mendapat privasi selepas mengambil pendekatan menyepikan diri daripada dunia lakonan kira-kira setahun.

Zul tidak cemburu atau berasa kurang popular selepas perhatian peminat kini beralih kepada pelakon-pelakon lelaki lain.

"Ia bagus apabila kita tidak lagi menjadi tumpuan peminat, saya rasa lebih tenang kerana saya akui tidak semua orang boleh kawal perkara itu, saya sendiri tidak mampu mengawal populariti yang saya terima suatu ketika dahulu.

"Pada saya ia memerlukan kekuatan mental kerana ke mana kita melangkah sehingga nak masuk tandas pun ada yang ingin bergambar," ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment