Thursday 9 February 2017

Amyra Rosli dikecam kerana bawa laptop ketika masak

Gara-gara memasak sambil tengok laptop, Amyra Rosli mengakui menerima kecaman hebat netizen. Hampir semua netizen mempertikaikan tindakan isteri aktor, Amar Baharin ini kerana ia jelas membahayakan diri.

Bagaimanapun, katanya, semua aksi itu dilakukan demi menjayakan kempen syarikat komputer tersebut.

"Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu.

"Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas.

"Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati,"

"Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu.

"Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja.

"Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat," katanya pada MediaHiburan.

No comments:

Post a Comment