Wednesday, 15 February 2017

BERCUMBU DI TEMPAT AWAM - NABIL AHMAD & ISTERI DIKECAM



Sebelum ini ramai artis kita yang dikecam gara-gara bercumbu di tempat awam, terkini Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah Ayub pula mengikut jejak.

Gambar pelawak terkenal dengan isterinya yang sedang bercumbu ketika berada di Venice, Itali itu dimuatnaik oleh seorang jurugambar perkahwinan menerusi laman Instagramnya.

Adegan bercumbu itu telah mendapat perhatian netizen dan membuatkan mereka rasa tidak senang dengan perlakuan Nabil dan isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


Antara komen-komen pedas yang diberikan di ruang komen gambar itu ialah:

zurailazakaria: "Tak malu ke Haji Nabil. Tahulah kau suami isteri tapi tak elok buat macam tu. Belakang tu ada orang.. Lepas berbaju melayu pulak tu.. Kalau tersayang darling sangat pon benda macam tu tak payah live sangat.. Jaga adat"

zatiey_rahman: "Berkasih sayang antara suami isteri haram dipertontonkan Haji & Hajjah..."



Diruangan komen itu juga terlihat Jihan memberikan komen:

jihanmuse: "Bakal viral?"



Malah Jihan juga menulis di ruangan komen itu dengan kata-kata amaran:

jihanmuse: "@asyraf.manan ko jangan uploud aku punya. Tu exclusive"

Nabil yang mempunyai urusan kerja di Venice, Italy itu pergi bersama isterinya. Turut sama adalah pasangan Jihan Muse dan suami.




Sumber: Media Hiburan
Foto: Asyraf Manan IG, nabilzira IG & Jihan Muse IG



         ________________________







via My Artis

No comments:

Post a Comment