Sunday 5 February 2017

Fasha Sandha sudah temui penganti? bakal berkahwin?

Fasha Sandha mengakui sedang berkawan rapat dengan lelaki hampir sebaya, namun belum bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam tempoh terdekat. Berkenalan kira-kira enam bulan lalu, kata Fasha, sikap menghormati wanita membuatkan dirinya terbuka hati menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup selepas kembali solo sejak Januari 2016.

"Biarlah saya berterus-terang. Orangnya bukan VIP, selebriti atau teman dalam industri. Sebagai wanita berdikari, saya bukan memandang lelaki berduit kerana saya sendiri mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Bukan mahu cakap besar, namun hakikatnya sejak belum berkahwin lagi saya kuat bekerja.

"Apa pun, persahabatan kami agak baharu. Cukup saya katakan usianya dalam lingkungan 30-an. Dia lelaki paling akrab dengan saya kini, yang ucap 'Good Morning' dan 'Good Night' setiap hari,

"Biarlah saya berkahwin semula ketika anak-anak masih kecil. Namun, bukan dalam masa terdekat ini. Mungkin selepas satu setengah tahun lagi saya kembali berkahwin. Bukan takut atau serik, cuma sekarang biarlah saya penuhi masa dengan kerja dan anak-anak," katanya memetik Bharian Online

No comments:

Post a Comment