Thursday 16 February 2017

Jep sedia terima Sari Yanti sebagai isteri..

Memetik Bharian, Jep mengakui akan menerima Sari Yanti sekiranya dia adalah jodohnya yang dicari. Namun bagi Jep, dia menganggap Sari hanya sebagai teman baik sahaja buat masa ini.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

"Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.

"Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,

"Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," kata Jep


No comments:

Post a Comment