Saturday, 15 April 2017

Chef Wan sahkan Serina failkan penceraian!


Chef Wan mengesahkan anaknya yang juga pelakon Serina Redzuawan, 35, memfailkan perceraian daripada suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Chef Wan di Instagram hari ini berkata, dia sendiri pernah beberapa kali menasihatkan menantunya itu supaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

“Selepas beberapa kali menasihatkannya mengenai tanggungjawab untuk menyara perbelanjaan isteri setiap bulan, dia menolak untuk mendengar nasihat saya.

“Saya gembira apabila Serina memfailkan penceraian. Pihak kami akan teruskan dengan prosedur undang-undang untuk mendapatkan haknya dan menegakkan keadilan,” katanya.

“Dalam perkahwinan, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memanjakan isteri, tetapi sayang sekali anak saya bekerja ke sana ke mari mencari rezeki. Sebagai bapa, tentunya saya sangat sedih,” katanya.
Serina ketika ditemubual Harian Metro mengenai perkara ini Rabu lalu menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

“Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah. Jika ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya,” katanya.

Serina dan Gavin bernikah pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. -HarianMetro

No comments:

Post a Comment