Saturday 8 April 2017

Rozita Che Wan buat pengumuman mengejutkan...

Rozita Che Wan atau Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Che Ta akui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.
Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah" -kata Che Ta memetik BharianOnline

No comments:

Post a Comment