Wednesday 12 April 2017

Sara Ali buka tudung, ini respon keluarganya yang mengejutkan..

Sara Ali semalam membuat kejutan apabila menyatakan yang dia tidak perlu berhipokrit dalam soal bertudung. Kini dia membuat keputusan untuk tidak bertudung dan kembali kepada penampilan asalnya dahulu.
"Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.

"Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan,

"Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan,

"Tak ada keluarga yang bangga dengan keputusan ini lebih-lebih lagi kita beragama Islam.

"Apa yang saya berani cakap memang keluarga saya menyokong seratus peratus walaupun mereka tidak setuju tapi mereka akur juga dengan keputusan ini,

"Sudah lama saya tak bertudung namun baru sekarang saya sedia untuk jelaskan dengan cara yang baik.

"Selama ini apabila saya keluar pun, saya rasa bersalah kerana kotorkan imej tersebut (wanita muslimah).

"Tapi saya rasa tak betul apabila lakukan sesuatu bukan untuk diri sendiri tapi kerana perkara lain. Saya pun tak nak menipu lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment