Monday 8 May 2017

Eira dedah tips turun sehingga 20kg

Eira Syazira amat sibuk apabila muncul kembali ke persada seni setelah sembilan bulan hamil dan melahirkan anak keduanya, Amiesya Leann Rose. Setelah habis berpantang, Eira Syazira telah terbang ke Jakarta untuk merakamkan single keduanya.

Macam Mana Eira Boleh Kurus Lebih Cepat?

Baru-baru selepas habis berpantang, Eira Syazira telah menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri demi kerjayanya.

“Setiap jam 11.00 pagi, personal trainer saya akan datang ke rumah untuk melatih saya bersenam. Saya memang menjaga penampilan diri. Kalau ada yang perasan, selepas melahirkan bayi kedua ini, berat badan saya memang cepat turun sebab saya sudah ada komitmen dengan pihak di Jakarta.

Sewaktu saya mengandungkan Amarra, berat saya adalah 87 kilogram. Saya ambil masa lebih kurang enam bulan untuk kembali ke berat normal sebanyak 50 kilogram. Tetapi selepas melahirkan Amisya berat saya turun agak cepat kerana saya beri komitmen kuat untuk mengurangkan berat badan ketika dalam berpantang lagi. Dalam masa tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan dari 80 kilogram kepada 50 kilogram.

Memang terkejut dengan perubahan tersebut. Tidak mudah menurunkan berat badan. Saya memang perlu bekerja keras untuk berjaya. Saya jaga makan. Selepas habis berpantang selama 44 hari, saya sudah mula buat senaman.

Saya mulakan senaman ringan seperti berlari atas treadmil, jaga makan dengan mengambil makanan sihat sahaja. Di samping itu saya kena juga fikirkan Amisya kerana dia menyusu badan.”

Rutin hariannya bermula sebaik waktu subuh menjelma. Kemas rumah dan sebagainya dimulakan dari awal pagi lagi.

“Saya perlu bajet masa. Sebaik Amisya bangun, saya perlu menyusukan dia. Pada pukul 10 atau 11 pagi saya akan mandikan Amisya. Kemudian saya akan turun ke kolam renang untuk bersenam. Saya akan bersenam bersama personal trainer sehinggalah waktu tengah hari.

Selesai bersenam, saya siapkan makanan tengah hari untuk anak-anak. Kalau saya tidak sempat masak, Azad akan bawa kami makan di luar. Selepas makan, kami kembali ke rumah dan rehat seketika.

Pada waktu petang, saya akan senaman di Celebrity Fitness di Bangsar. Begitulah rutin saya dalam mengurangkan berat badan. Saya ini jenis yang tidak mengaku kalah. Kalau saya hendak sesuatu benda, saya akan bekerja keras dengan sepenuh hati.” kata Eira memetik portal mingguanwanita.my

No comments:

Post a Comment