Friday 5 May 2017

Enggan bertunang, mahu kahwin terus, ini komen Dazrin bab bertunang..

Lebih setahun menjalinkan hubungan, Dazrin Kamarudin mengambil keputusan untuk terus bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Fazulin Razali.

Atas faktor itu, Dazrin memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya terus mengadakan acara wajib iaitu bernikah.

"Pada saya, jika bertunang pun, ia akan menuju ke arah perkahwinan.

"Bila bertunang pula, dah tentu mahu buat persiapan kahwin.

"Jadi, baik saya kahwin terus. Saya pun makin lama bukannya makin muda (ketawa),” katanya

Dazrin dan Nur Fazulin bakal dinikahkan di Hotel Avillion Legacy, Melaka pada 6 Mei esok. -MediaHiburan

No comments:

Post a Comment