Monday 8 May 2017

Kalau nak saya, sila serius, usaha dan sabar! - Elly Mazlein


Agak mustahil jika tiada yang mahu mendekati dan memikat Elly Mazlein selepas begelar ibu tunggal. Namun bagi Elly, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan ingin melihat dahulu sejauh mana mereka serius untuk mengisi kekosongan hatinya.

"Saya anggap semua yang hadir itu hanya sebagai kawan. Jika benar ingin serius, mereka perlu berusaha dan bersabar menanti hingga pintu hati saya kembali terbuka untuk bercinta.

"Terpulang kepada kebijaksanaan mereka bagaimana mahu memenangi hati saya. Orang cakap, kalau hendak seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih,"

"Jika ditakdirkan saya bercinta atau ingin mendirikan rumah tangga satu hari nanti, saya berjanji tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan umum. Majlis itu nanti akan dibuat secara terbuka.

"Untuk apa saya menipu mereka yang selama ini banyak membantu dan menyokong kerjaya seni?,

"Tidak perlu ciri lelaki idaman kerana jika sudah bertemu jejaka yang serasi, saya cuma berdoa hubungan kami dipermudahkan. Tidak usahlah bercinta lama-lama," katanya kepada BH Online.

No comments:

Post a Comment