Thursday 4 May 2017

Makan Ais Cream disuapkan, naik helikopter bersama... (7 gambar)


Sufian Suhaimi, mendapat kejutan manis sempena hari lahirnya yang ke-25 hari ini, apabila diajak menaiki helikopter oleh pelakon yang hangat digosipkan dengannya ketika ini, Elfira Loy.

Bermula dengan sarapan pagi menikmati nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota, akhirnya Elfira 'memperdayakan' penyanyi Terakhir itu menaiki helikopter dengannya kira-kira 20 minit.

Kemudian Elfira mengajak Sufian menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan, kononnya beliau mempunyai sesi fotografi Hari Raya di sana. Sesi fotografi terbabit sebenarnya ialah acara sambutan hari lahir kejutan buat Sufian yang dihadiri insan rapat dengan penyanyi muda berkenaan.
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment