Friday 12 May 2017

Nubhan dapat anak sulung, bagi nama anak sekali..

Isteri Nubhan iaitu, Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 9.45 malam Rabu.

Bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negari Sembilan.

Nubhan, 31, berkata, dia dan isteri sepakat memlih nama Aafiya Kamilia kepada bayi sulung berkenaan.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

"Doakan bayi kami sihat dan membesarkan dengan baik," ujarnya.

No comments:

Post a Comment