Wednesday 7 June 2017

Masalah berat badan, Adira pasrah kalau suami cari lain?


Selepas melahirkan anak pada bulan Mac lalu, Adira AF nampaknya belum berjaya menurunkan berat untuk kembali kepada bentuk badan yang asal dimana berat Adira sekarang mencecah sehingga 49kg, berbanding berat dulu yang hanya 42 kg.
“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu. Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya kepada ProjekMMO.
Ditanya tentang kemungkinan suaminya akan berubah hati, Adira cuma berkata,
“Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.

“Saya pun tidak tahu perasaan dia selepas kelahiran Anggerik kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.

“Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama." -tambah Adira


No comments:

Post a Comment