Thursday 20 July 2017

Janna Nick rapat dengan Fattah Amin?

Dengarnya Janna Nick sering bersama dengan Fattah Amin di lokasi set pengambaran. Namun tidak diketahui sejauh mana keintiman mereka walaupun hanya digandingkan bersama untuk drama Coffee Princess.

Belum ada hastag lagi yang dicipta buat masa ini untuk mereka berdua.

“Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi”

“Bukan hendak cakap besar, kalau benar ia hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan,” katanya kepada Utusan Mingguan.

No comments:

Post a Comment