Tuesday, 12 September 2017

Nedim dilarang jumpa anak kandungnya, ini luahannya..

Suami Nora Danish, Nedim Nazri Aziz kecewa apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre. Nedim menerusi laman sosial Instagramnya menulis yang dia meluahkan perasaannya terhadap anaknya itu dan sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.
"Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.

"Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa

"Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuatkan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,

"Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji," tulisnya.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun. -mStarOnline

No comments:

Post a Comment