Saturday, 25 November 2017

VIDEO: ANAK AUTISM ZARINA DAKWA DIHALAU - ZUL ARIFFIN TERUK DIKECAM


"Keluar, I Dont Want To See Your Face Anymore," demikian kata Azal, anak autism aktres Zarina Zainuddin yang mendakwa dirinya itu dimarahi dan dihalau oleh aktor popular Zul Ariffin.



Kata-kata dakwaan Azal itu dibuat melalui sebuah video yang dimuatnaik oleh pemilik salon terkenal, Ridz Okumura menerusi akaun Instagramnya. Video terbabit telah membuatkan media sosial menjadi kecoh semalam.

Umum mengetahui bahawa Zarina mempunyai anak lelaki kembar bernama Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism.

Azal yang boleh berbicara tidak seperti abangnya Azil sememangnya seorang pemuda yang cukup meminati dan sering ingin beramah mesra dengan artis Malaysia. Selalunya, artis-artis pasti akan melayan kerenah Azal.



Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Zul yang dianggap biadap terhadap anak istimewa seperti Azal.

Sebagai seorang pelakon yang dikenali kami harap Zul tidak melakukan perkara tersebut kerana ia jelas menunjukkan sikap yang agak keterlaluan. Apa-apa pun, kita tunggu apa kenyataan Zul berhubung isu ini.










ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

via My Artis

No comments:

Post a Comment