BAHAU - Pengurusan Akademi Darul Ulum mensasarkan lebih ramai pelajar lepasan tahfiz dilahirkan menerusi Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) yang ada di negeri ini.
Pengerusinya, Mohd Khairi Zainudin berkata, ketika ini empat cawangan sekolah itu telah beroperasi membabitkan cawangan di Seremban, Nilai, Kuala Pilah dan Jempol.
“Modul kita adalah berasaskan pendidikan agama seiring akademik di bawah Kementerian Pendidikan.
"Setakat ini semua sekolah telah beroperasi sepenuhnya walaupun ada yang masih tidak mempunyai bangunan sendiri yang lebih selesa.
“Bagaimanapun, kita yakin pembukaan sekolah ini mendorong melahirkan pemimpin masa hadapan yang mampu meneroka pelbagai bidang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Pelancaran Dana Wakaf Kompleks Tahfiz Darul Ulum cawangan Jempol.
Hadir sama, Pegawai Penerangan daerah, Siti Noorezrin Mahmod.
Mohd Khairi berkata, SRIIDU cawangan Jempol yang telah beroperasi pada tahun lepas kini mempunyai seramai 45 pelajar di tahun satu dan dua.
“Bagaimanapun, sekolah ini hanya mempunyai dua kelas dan infrastrukturnya serba kekurangan. Justeru, Dana Waqaf Kompleks Tahfiz Darul Ulum Cawangan Jempol Fasa 2 telah dilancarkan,” katanya.
Tambahnya, pembinaan kompleks yang baru di sini, menelan belanja sebanyak RM2.3 juta dan masa yang diperuntukkan untuk mengumpul dana adalah selama 10 bulan.
“Diharapkan kompleks ini dibina pada tahun 2017,” katanya.
Terdahulu, SRIIDU cawangan Jempol menerima sumbangan daripada Pejabat Penerangan Daerah Jempol yang disampaikan Siti Noorezrin pada program Al-Mukminin yang diadakan bersama bagi membantu menyuburkan institusi tahfiz di daerah ini.

No comments:
Post a Comment