TBILISI - GEORGIA. Enam individu ditahan di Georgia atas tuduhan cuba untuk menjual bahan radioaktif, uranium-238 bernilai AS$200 juta (RM772 juta), menurut perkhidmatan keselamatan negara itu, kelmarin.
Penyiasat agensi tersebut, Savle Motiashvili berkata, suspek terdiri daripada tiga warga Armenia bersama tiga rakyat tempatan berusia antara 74 dan 75 tahun.
"Bekas pengangkutan pasang siap mengandungi uranium ditemui di apartmen milik salah seorang suspek.
"Uranium-238 adalah isotop uranium biasa yang boleh bertukar menjadi plutonium-239 untuk penghasilan senjata nuklear," katanya tanpa memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar bahan itu.
Difahamkan, mahkamah sivil di ibu negara telah menetapkan hari perbicaraan pada Sabtu ini dan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah menjalankan urus niaga bahan atau peralatan nuklear secara haram.
Januari lalu, tiga individu lain turut diberkas polis selepas dipercayai menjual bahan radioaktif sesium-137 secara haram.

No comments:
Post a Comment