KANGAR - Pihak polis giat memantau kegiatan mencuri mempelam harumanis yang meningkat setiap musim, kata Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Noor Mushar Muhammad.
Beliau berkata walaupun baru menerima satu laporan yang berlaku di sebuah kebun di Simpang Empat pada Mac lepas, namun tindakan proaktif perlu dilakukan.
"Ketua polis perlis telah mengarahkan rondaan dan kawalan di kawasan kebun pemilik di seluruh negeri dipertingkatkan selain mengadakan perjumpaan dengan pemilik kebun.
"Kita berharap tindakan ini dapat membendung kes kecurian dalam usaha memelihara mata pencarian pengusaha kebun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-209 di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini hari ini.
Seramai 150 anggota menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

No comments:
Post a Comment