PADANG BESAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan masalah kekeringan sebanyak dua kali ganda yang melanda Empangan Timah Tasoh sejak akhir-akhir ini sebagai satu ujian ALLAH SWT kepada umat Islam.
Menurut Dr Mohd Asri, kejadian ini adalah satu teguran dari ALLAH tanda kasih sayang kepada umat-Nya.
“ALLAH mahu menguji kita dengan fenomena El Nino yang menyebabkan empangan kering agar kita sentiasa mengingati-Nya.
“Alhamdulillah, hujan ada turun di sekitar Arau dan Kangar selepas kita melakukan solat Istisqa baru-baru ini, namun ia belum cukup untuk menampung keperluan empangan,” katanya ketika ditemui di pejabat mufti, semalam.
Katanya, pihaknya juga bercadang untuk menjalankan sekali lagi solat sunat Istisqa di kawasan berdekatan empangan Timah Tasoh dengan disertai pemimpin politik.
Tambah Dr Mohd Asri, Perlis telah menyarankan semua masjid seluruh negeri itu untuk memohon doa ketika solat Jumaat agar diturunkan hujan.
“Kita harus tabah menghadapi ujian ini dan menganggap ia adalah jalan untuk ALLAH menghapuskan dosa-dosa kita,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi berkata, baki air di Empangan Timah Tasoh masih ada 50 juta meter padu.
Menurut Mohamad Nor Hafiz, jumlah air berkenaan mampu bertahan sehingga penghujung Jun ini sekiranya hujan tidak turun.
“Paras air di Empangan Timah Tasoh merekodkan penurunan dua kali ganda iaitu pada kadar 0.04 meter setiap hari sejak beberapa hari lalu.
"Penyusutan dua kali ganda ini disebabkan oleh penggunaan air bertambah setiap hari ketika cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Hari Pekerja baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, paras air di Empangan Timah Tasoh menyusut 0.02 meter semalam kepada 26.02 meter.
“Pihak JPS Perlis masih lagi dalam proses berbincang untuk mencari langkah yang terbaik dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment