Monday 7 March 2016

Datuk Seri Vida tetap mahu bina hotel di Kota Bharu




Datuk Seri Vida tetap mahu bina hotel di Kota Bharu
Gambar hotel yang menjadi impian pembinaannya oleh Datuk Seri Vida.
PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, tetap dengan pendirian untuk membina hotel di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Malah, beliau turut menolak cadangan kerajaan negeri untuk menukar lokasi berkenaan ke Bukit Merbau atas beberapa faktor terutamanya berkaitan dengan prasarana dan nilai komersial.
Katanya, Bukit Merbau adalah lokasi baharu yang tidak dilengkapi dengan kemudahan prasarana dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk dimajukan berbanding di lokasi pilihannya.
“Biarpun kawasan itu bakal dibangunkan, namun ia adalah program jangka masa panjang. Tambahan pula, tiada prasarana dan lambat untuk dinikmati.
“Kalau di stadium, lokasinya strategik dan cepat untuk proses pembangunan. Namun, kita perlu kaji dahulu nilai komersial di Bukit Merbau,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang berharap agar beliau menimbang semula cadangan membina hotel di Bukit Merbau.

No comments:

Post a Comment