DUBAI - UNITED ARAB EMIRATES. Seorang guru wanita Palestin dihadiahkan AS$1 juta di atas sumbangan beliau kepada memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Palestin.
Menurut CNN, Hanan Al Hroub yang membesar di kem pelarian Palestin di Bethlehem juga diberikan anugerah Global Teacher Prize dalam majlis di Dubai.
Hanan dalam ucapan kemenangannya mengatakan kemenangan beliau adalah 'kemenangan kepada seluruh para guru seluruh dunia dan di Palestin'.
"Percayakan diri sendiri, perbaiki diri, yakinkan diri dan cabar dunia ini," kata Hanan.
Hanan menjadi seorang guru selepas anak lelaki dan suaminya ditembak semasa pulang dari sekolah, suatu ketika dahulu.
"Tiada guru yang membantu kami dari segi emosi. Jadi saya sendiri kena uruskan," jelas Hanan.
Hanan mula mengajar secara 'kecil-kecilan' dengan membuat permainan dan menghiburkan kanak-kanak Palestin dan mengajar mereka supaya menjauhi kekerasan.
"Saya juga beritahu kepada guru lain, iaitu kerja kami bersifat perikemanusiaan. Tidak kisah di Palestin atau tempat lain di seluruh dunia, guru harus ajar bahawa ilmu adalah sebenar-benar senjata," akhiri Hanan.