SUNGAI DUA - “Aku lalu jalan tu, tiba-tiba aku rasa seram sejuk, bila toleh ke tingkap, ada kain putih yang bercarik terbang seolah-olah mengikuti kereta yang dipandu.”
Itu antara luahan penduduk sekitar Sungai Dua yang mendakwa sering kali terserempak dengan susuk tubuh yang didakwa langsuir di beberapa kawasan di sini, antaranya sekitar Taman Desa Murni, Sungai Dua Utama, kawasan jambatan menuju ke Permatang Pasir.
Komen yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook itu mendakwa melihat kelibat langsuir ketika lewat malam sekitar jam 12 malam ke atas.
Mereka mendakwa hanya diganggu ketika memandu kereta seorang diri di jalan yang dikatakan lokasi panas tersebut.
Biarpun sibuk dengan tugas seharian selaku Adun Sungai Dua, Muhammad Yusoff Mohd Noor turun padang bagi melihat sejauh mana dakwaan penduduk itu.
Satu tinjauan khas diadakan ke tempat yang didakwa sering kali dilihat kelibat langsuir.
Tinjauan bermula di sekitar Taman Desa Murni Fasa 1, Titi Gantung, Jalan Baru Sungai Dua, Taman Sungai Dua Utama dan jambatan menuju ke Taman Pasir Indah.
Namun, langsuir yang dikatakan menunjukkan kelibatnya itu tidak kelihatan ketika tinjauan dilakukan.
Muhammad Yusoff berkata, tinjauan itu untuk melihat sendiri lokasi yang didakwa penduduk bahawa mereka melihat kelibat langsuir.
“Alhamdulillah setakat tinjauan yang dilakukan, langsuir tersebut tidak muncul.
“Pada saya, perkara ini mungkin benar atau tidak, namun harapan saya agar ianya tidak sampai ke tahap menyebabkan ianya menjadi sesuatu yang khurafat,” katanya.
Katanya, hasil tinjauan mendapati, ada kawasan yang gelap dan tidak diterangi lampu jalan.
“Kita akan usahakan supaya kawasan ini iaitu di kawasan loji di Taman Desa Murni Fasa 1 ini diterangi lampu jalan.
“Bagi kawasan lain dan ada kawasan yang mana berhampiran sungai, kita dapati kawasan ini semak dan gelap, untuk itu kita sarankan supaya kawasan ini segera dibersihkan” katanya.
Beliau berharap perkara itu tidak berlarutan dan berpanjangan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan mengganggu kehidupan biasa mereka.
“Apa yang saya harapkan ialah kita letakkan sepenuhnya kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH, jangan disebabkan perkara ini ianya menjejaskan kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment