ALOR GAJAH - Penduduk di beberapa kawasan sekitar Alor Gajah, di sini, bingung berikutan bekalan air paip di rumah mereka mengeluarkan bau busuk sejak dua hari lalu.
Menurut mereka, masalah itu tidak diketahui puncanya, namun bekalan air berkenaan dikatakan berbau najis sejak Khamis lalu.
Penduduk juga mendakwa tidak menerima sebarang notis pemberitahuan mengenai perkara itu.
Tinjauan Sinar Harian di rumah beberapa penduduk di Taman Pisang Emas, di sini semalam mendapati kebanyakan penduduk bimbang kadar kualiti air berkenaan boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada mereka lebih-lebih lagi anak-anak kecil.
Penduduk, V. Mariyee, 58, berkata, dia hanya menyedari masalah air berbau itu sebaik mahu mandi selepas pulang dari kerja kira-kira jam 11 malam, kelmarin.
“Ada kawan mengatakan masalah bau berkenaan berlaku sejak pagi lagi pada hari berkenaan. Baunya seperti bau najis. Saya ingat ia berpunca daripada tangki air rumah yang kotor atau terdapat bangkai binatang tetapi selepas membersihkannya bersama cucu dan anak, baunya tetap ada.
“Keadaan itu menyebabkan kami hendak mandi pun tidak jadi, apatah lagi hendak menggunakan air tersebut untuk makan dan minum. Kami terpaksa membeli air mineral di kedai untuk minum,” katanya yang menyatakan perkara itu tidak pernah berlaku sejak tinggal di situ 10 tahun lalu.
Seorang pengusaha kedai makan, Suziliana Draman, 27, berkata, dia terpaksa menutup kedainya buat sementara waktu di sebabkan masalah air yang berbau busuk.
“Semalam baunya macam air longkang. Macam mana kami nak masak, terpaksalah kami menangguhkan dahulu operasi perniagaan.
“Barang-barang berniaga semua sudah dibeli. Ikan, sayur, ayam, terpaksa simpan dulu. Setakat ini dah dua hari kami tutup kedai,” katanya.
Lee Lay Chwee, 47, pula mendakwa bau air berkenaan mudah melekat di tangannya dan terpaksa mencucinya dengan menggunakan pati limau bagi menghilangkan bau.
“Dari petang semalam saya tidak menggunakan air paip sebab saya ingatkan loji air ada mayat orang sebab baunya memang busuk. Bila saya hubungi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), mereka menyatakan puncanya di sebabkan bau amonia, barulah saya lega.
“Saya juga tidak berani membeli makanan di sekitar Alor Gajah dan tadi makan tengah hari pun saya makan di kawasan Tampin kerana tidak sanggup dengan baunya,” katanya.

No comments:
Post a Comment