HP memperkenalkan komputer riba terbaharu yang lebih nipis dan pada masa sama menawarkan kepantasan operasi dan pemprosesan.
Dinamakan sebagai HP Spectre, ia menawarkan skrin bersaiz 13.3 ini dengan resolusi 1080p, serta menawarkan ketebalan hanya sekitar 10.5mm sahaja. Ini menjadikan ia lebih nipis berbanding pelbagai komputer riba lain di pasaran, termasuk MacBook.
Apa yang menariknya juga adalah HP Spectre ini tidak menggunakan cip Intel Core M seperti kebanyakkan komputer riba nipis yang lain, sebaliknya dijana menggunakan cip Intel Core i5 atau i7 beserta memori 8GB RAM dan ruangan storan 256GB.
HP turut menggunakan rekaan komponen yang lebih baik untuk mengelak ia menjadi panas, dan pada masa yang sama membolehkan mereka memuatkan pelbagai komponen dalam ruangan yang sangat nipis.
Komputer riba ini menawarkan masa penggunaan sekitar 9.5 jam lamanya. Dari segi rekaan, melalui gambar yang dikeluarkan oleh HP, ia dilihat mempunyai rekaan yang premium dan elegan. Ia turut hadir dengan ruangan USB Type-C untuk pengecasan dan juga untuk pemindahan data.
Di Amerika Syarikat, ia ditawarkan pada harga $1169.99, iaitu sekitar RM4,606

No comments:
Post a Comment