Monday, 11 April 2016

'Pakar Selfie' taruhan terbaharu Oppo




'Pakar Selfie' taruhan terbaharu Oppo
Dari kiri: Chen Lu, Marton, Nora menunjukkan telefon pintar terbaharu keluaran Oppo.
BAGI mengukuhkan lagi kedudukan, Oppo melancarkan telefon pintar baharu , F1 Plus atau 'Pakar Selfie'  yang direka khas untuk rakyat Malaysia yang gemar berselfie.
Pengurus Jenama Oppo Elektronics, Chen Lu, berkata,  F1 Plus merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan Kamera Hi-light pandang hadapan 16MP.
“Semua mengetahui bahawa Petaling Jaya dan George Town menduduki ranking teratas 10 ‘bandar selfie’, tambahan lagi  Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya yang boleh ditampilkan di dalam media sosial.
"Justeru, kami merasa amat perlu untuk memberikan kepada rakyat Malaysia sebuah telefon khusus untuk fotografi yang dipertingkatkan kualitinya, iaitu F1 Plus,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Komuniti Global & Eksport Produk Oppo, Marton Barcza berkata, F1 Plus menjalani pengubahsuaian perisian secara menyeluruh dengan ciri ColorOS 3.0, bentuk unibody berasaskan logam serba pengenalan cap jari pintar.
"Selain ciri baru 16 megapiksel, telefon F1 Plus mempunyai sensor khas pada lensa kamera. VOOC Flash Charge yang dipatenkan berupaya mengecas bateri sehingga 75 peratus dalam tempoh hanya setengah jam.
"Juga dengan masa permulaan aplikasi 25 peratus lebih pantas  dan 'multitasking' yang lebih lancar, F1 Plus dicipta bagi memudahkan lagi gaya hidup moden dan serba pantas rakyat Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran F1 Plus di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Turut  hadir, selebriti terkenal, Nora Danish sebagai duta Oppo, yang berkongsi penggunaan F1 Plus kepada orang ramai. Memiliki lebih 3.2 juta pengikut di Instagram, Nora merupakan antara selebriti yang gemar memuat naik gambar selfienya.
"Saya amat menyukai reka F1 Plus yang serba mewah apabila disentuh dan sangat ringan apabila dipegang.
"Fungsi mod Beautify yang terdapat dalam telefon ini juga sangat semula jadi dan tidak menjadikan kulit serta muka saya kelihatan seperti palsu.
"Dengan kamera Hi-light yang berkuasa tinggi, saya tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan pencahayaan yang terbaik atau membaiki cela saya dan  boleh mengambil selfie pada bila-bila masa,” jelas Nora.
F1 Plus dipasarkan dengan harga RM1,898 . Tempahan awal boleh didapati secara atas talian di laman sesawang 11street.com bermula dari 7 April hingga 11 April 2016.

No comments:

Post a Comment