RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Dua maut dan seorang masih dilaporkan hilang selepas satu segmen laluan basikal yang dibina sempena Sukan Olimpik tahun runtuh, semalam.
Menurut Dailymail, Jabatan Bomba Sao Conrado mengesahkan dua mangsa lelaki maut di laluan yang digelar Tim Maia itu.
Laluan berkenaan yang tergantung umpama jambatan dibina di atas tebing pantai dan berukuran 50 meter panjang dibuka pada Januari lepas.
Setiausaha Majlis Perbandaran Rio, Pedro Paulo Carvalho berkata, ombak besar menyebabkan tiang-tiang yang menyokong laluan berkenaan terhakis.
Sebelum ini, terdapat kritikan dari para media tempatan bahawa laluan tersebut tidak selamat.
"Saya tidak berani menggunakan laluan itu. Ia tergantung dan hanya disokong oleh tiang yang dibina atas tebing," kata seorang wartawan, Kiratiana Freelon.