FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dijatuhkan penjara 120 hari semalam kerana memandu sebuah helikopter kecil, gyrocopter dan 'mengganggu keselamatan negara'.
Menurut USA Today, bekas penghantar surat Douglas Hughes, 62, mengaku bersalah memandu kenderaan tersebut pada 9 November.
Tahun lepas, Douglas memberitahu beliau menggunakan gyrocopter tersebut sebagai simbolik tunjuk perasaan terhadap rasuah dalam politik Amerika Syarikat.
Hakim, Colleen Kollar-Kotelly memarahi Douglas kerana lelaki tersebut gagal mengambil risiko bahaya sebuah penerbangan tanpa lesen sah.
"Awak dihukum kerana tidak faham betapa bahaya tindakan awak dan betapa serius rakyat negara ini terhadap tindakan yang menggugat keselamatan negara," kata Colleen sambil merujuk tragedi serangan penganas terhadap World Trade Center di New York pada 2001.
Peguam Douglas gagal meyakinkan juri walaupun selepas menyamakan tindakan Douglas dengan tindakan aktivis hak kemanusiaan, Rosa parks dan Martin Luther King Jr.