SELEPAS tiga bulan melahirkan anak kedua, Selena Fathuddin, selebriti kecil molek, Liyana Jasmay tidak mengambil masa yang lama untuk kembali aktif.
Liyana atau mesra disapa dengan panggilan Nana, mengakui sudah kembali aktif seminggu selepas habis tempoh berpantang 44 hari.
"Kerja yang banyak membuatkan saya tidak mahu bercuti lebih panjang. Lagipun saya bergerak sendiri, jadi ada kelapangan untuk saya pulang awal dan cuti.
"Seminggu selepas habis pantang, saya kembali merakamkan single terbaru saya, Oh Nana ciptaan Alyph Abdullah atau pun dahulu dikenali dengan nama Alyph Sleeq. Ia berentak RnB.
"Sebenarnya single itu sudah saya rakam sebelum bersalin, tapi saya rasa tak puas hati dan ambil keputusan untuk rakam semula.
"Kemudian saya akan memasuki set penggambaran telefilem arahan Ghaz Abu Bakar, Syahadah Yang Hilang, untuk projek Karya 12.
"Awal bulan Mei pula, saya akan memulakan penggambaran telefilem di bawah terbitan syarikat saya sendiri, Mermaid Studios iaitu Aku dan Adik.
"Telefilem ini merupakan drama berat arahan saudara Khir Rahman dan turut dijayakan Wan Hanafi Su dan Ogy Ahmad Daud," ujarnya kepada Zass.
Selain Selena, Liyana juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Sofia Arissa, 2.
Melihat kepada perkembangan kariernya, wanita berusia 28 tahun ini mengakui 'tamak' dan mahu karier lakonan dan nyanyiannya bergerak seiring.
"Saya tidak peduli apa orang kata. Saya mengakui saya tamak kerana mahukan kedua-duanya.
"Bagi saya nyanyian dan lakonan memberikan kepuasan yang berbeza.
"Kalau ada seorang penghibur dan boleh melakukan perkara lain dalam satu masa, mengapa takut untuk mencuba.
"Pada pendapat saya untuk menjadi penghibur anda kena berani dan mahu mencuba. Saya tak kira apa yang orang lain akan katakan.
"Kalau kita sentiasa fikir kata-kata negatif dari orang lain, kita tidak akan ke mana," jelasnya.
Tambah Nana, dia kini sudah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan single, sekurang-kurangnya sekali sebulan.
"Kita lihat penyanyi luar negara, Justin Bieber contohnya, dia tidak perlu ambil masa lama untuk lancarkan single.
"Dalam tempoh dua bulan, dia keluarkan dua single.
"Bagi saya satu single dalam satu jangka masa yang panjang adalah perkara yang basi.
"Kita perlu melihat perkembangan muzik antarabangsa yang cepat.
"Kalau kita nak berjaya, kita kena ikut perkara yang positif," ujarnya yang kali terakhir tampil dengan single Jujur, dua tahun lalu.
Jelas Nana, biarpun tampil dengan satu single sebulan, namun itu bukan alasan buatnya menghasilkan karya tangkap muat atau asal boleh.
Katanya, buat masa ini, dia menjadikan Alyph sebagai komposer utamanya dan mempercayai hasil karya Alyph.
"Buat masa ini saya sudah buat dua single dengannya, di mana sebuah lagi single akan dirakamkan awal bulan depan.
"Tapi saya mungkin akan buat dua buah single lagi bersamanya.
"Walaupun saya kata nak hasilkan satu lagu sebulan, bukanlah asal boleh. Kita kena percaya pada lagu itu dan pilih yang terbaik.
"Bagi saya apa yang saya lakukan kini adalah untuk peminat saya," katanya.
Nasihat buat karyawan
Liyana memberitahu, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Fathuddin Mazlan dan keluarga untuk terus aktif.
Bagaimanapun dalam karier lakonan, Liyana sendiri meletakkan had tanpa di suruh suaminya.
"Sebagai seorang wanita yang dah berkahwin dan ada anak, saya sendiri tahu untuk meletakkan had dalam lakonan tanpa disuruh atau dipinta.
"Malah pada pendapat saya dan ini juga nasihat saya untuk pelakon wanita lain, tidak perlu mendedahkan tubuh pada umum atau melakukan babak-babak yang keterlaluan seperti nampak seperti bercium, berpeluk, dukung.
"Dalam lakonan, tak perlu ada babak lucah. Saya sendiri yang tengok geli apatah lagi masyarakat di luar sana.
"Kalau pengarah anda kreatif dan anda pelakon yang bagus, tidak perlu untuk buat semua itu bagi menarik perhatian penonton," ujarnya.
Bukan itu sahaja, Liyana juga menolak untuk menyertai sebarang pertandingan realiti TV kerana bagi dirinya dia lebih suka apa yang dibuatnya sekarang.
"Realiti TV? tidak sama sekali terima kasih.
"Saya tak nak memperbodohkan diri di atas pentas.
"Maksud saya orang tahu apa yang saya buat. Saya tak perlu untuk ke pertandingan realiti untuk memberitahu kepada orang ramai apa yang saya buat.
"Mungkin mereka yang menyertai realiti TV kurang dikenali tapi saya tak tahulah.
"Mungkin juga mahukan kemasyhuran, tapi bagi saya kemasyhuran bukanlah segala-galanya.
"Apa yang saya boleh beritahu buatlah yang terbaik,” jelasnya.

No comments:
Post a Comment