PENGHIDAP autisme atau autistik tidak seperti mereka yang menghidap sindrom down.
Ini kerana, kanak-kanak yang menghidap autisme nampak seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza dari kanak-kanak normal.
Autisme adalah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan perhubungan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan serta mempunyai tingkah laku terhad atau berulang-ulang.
Namun hari ini, tidak ramai yang tahu yang memahami apakah itu autisme dan apakah ciri-ciri mereka yang menghidapi penyakit ini.
Pengalaman pengarah, Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 49, yang pernah berhadapan dengan seorang kanak-kanak autisme suatu ketika dahulu mendorongnya untuk menghasilkan sebuah filem yang mengetengahkan anak autisme menerusi filem pertamanya, Redha.
Berdasarkan inspirasi dari kisah sebenar, Redha memaparkan tentang hidup pasangan suami isteri, Alina dan Razlan menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak istimewa selepas mendapati bahawa anak mereka Danial menghidap autisme.
Ketidaksanggupan Razlan untuk menerima kebenaran menyebabkan kedinginan dalam keluarga, tetapi ketabahan Alina dan naluri seorang ibu membantu mereka dalam melalui detik yang sukar untuk membesarkan Danial.
Dibantu adik dan teman rapatnya, mereka telah menemui cara khusus untuk membantu Danial, sehinggalah satu kemalangan tragis menyebabkan keluarga ini terpaksa dibina semula.
Sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 14 April lalu, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ruminah Sidek dan Susan Lankester.
Penulis yang berpeluang menyaksikan filem tersebut baru-baru ini menyifatkan ia adalah sebuah karya yang cukup segala rencah dan perasanya.
Memang berbaloi Tunku Mona menjalankan kajian selama dua tahun dengan mendekati kanak-kanak dan keluarga yang mempunyai penghidap autisme.
Apa yang pasti, jika anda adalah ibu atau bapa, filem ini pasti akan menyentuh perasaan dan emosi anda.
Sejak dari mula konflik keluarga ini berlaku, ia memberikan 1001 rasa dan pertanyaan seperti mampukah aku sekuat ini juga jika dikurniakan anak istimewa?
Pujian buat adik Haziq!
Pastinya, pujian diberikan kepada adik Harith Haziq yang berjaya mengemudi perjalanan filem ini sebagai penghidap autisme dengan begitu baik.
Bahkan ketika filem ini bergerak ke kemuncak, penulis ada mendengar, adakah adik ini benar-benar penghidap autistik.
Dia berjaya meletakkan dirinya dalam dunia sendiri dan berjaya meniru hampir 100 peratus tindak-tanduk anak autistik yang menjadi sumber filem ini.
Manakala pelakon lain seperti Namron, Remy dan Nadiya pula tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya.
Juga kemunculan Junaidah atau June Lonjong yang merupakan isteri sebenar Namron juga berjaya menarik perhatian ramai dengan keberkesanan lakonannya.
Justeru, bagi anda yang ingin mengenai bagaimanakah karakter anak autistik, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini.
Filem ini bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai anak, tetapi untuk mereka yang belum berkahwin, agar anda sedar dengan kehadiran anak autistik di sekeliling anda!

No comments:
Post a Comment