BILA bercakap mengenai filem pembunuh upahan, anda pasti bayangkan ia adalah sebuah filem aksi yang sarat dengan babak pembunuhan.
Namun, tidak menerusi filem terbaharu arahan Paco Cabezas, Mr. Right, yang menyaksikan kisah pembunuh upahan ini diadun dengan genre komedi.
Filem bergenre aksi, komedi dan romantik ini mengisahkan seorang wanita, Martha (Anna Kendrick) yang baru sahaja meninggalkan teman lelakinya yang curang terhadapnya.
Dia kemudiannya telah bertemu dengan Mr. Right / Francis, (Sam Rockwell) yang juga seorang pembunuh upahan.
Bagaimanapun kerana cinta, Francis berjanji tidak lagi menjadi pembunuh upahan, namun peristiwa demi peristiwa mula berlaku.
Pada pandangan penulis, filem ini disampaikan secara santai dan bersahaja.
Pelbagai perkara yang berlaku di dalam filem ini membuatkan anda tidak kering gusi.
Pujian harus diberikan kepada Cabezas yang berjaya mengadun jalan cerita filem ini dengan baik sekali.
Seperkara lagi adalah lakonan mantap Kendrick yang amat wajar dipuji.
Kadang kala penulis merasakan dia adalah punca utama yang membuatkan semua orang ketawa tidak kering gusi sepanjang menyaksikan filem ini.
Justeru, bagi anda yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana nasib serta hubungan Francis dan Martha, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

No comments:
Post a Comment