TELUK INTAN - Hampir 100 penduduk daripada 25 rumah di Kampung Sri Jaya, Batu 7 Jalan Maharajalela, kecewa setelah ban yang dibina bagi menghalang air Sungai Perak melimpah dimusnahkan.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila ada rumah sudah dimasuki air Sungai Perak ekoran kejadian air pasang bermula kelmarin hingga hari ini.
Seorang suri rumah, Mah Ah Moi, 63, yang tinggal hampir 20 tahun di kampung berkenaan berkata, sudah lebih setahun setengah rumahnya tidak dimasuki air Sungai Perak bila berlaku kejadian air pasang.
“Tetapi sekarang masalah ini kembali sebab ban yang dibina dua tahun lalu dimusnahkan oleh pemaju yang mengorek pasir di kawasan berhampiran.
“Sudah hampir enam bulan mereka mengorek pasir di situ di mana ban dirobohkan bagi membenarkan kapal korek memasuki kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya petang kelmarin.
Tambahnya, dia dan penduduk begitu kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil pemaju mahupun pihak terlibat.
“Sudah cukup (sebelum ban dibina) kami menanggung kerugian bila air Sungai Perak melimpah masuk rumah.
“Saya harap tindakan segera diambil kerana 22 April ini akan berlakunya kejadian air pasang besar yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.
Tak sampai dua tahun ban dibina
Seorang lagi penduduk, Arjunan Perumal, 66, mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang didakwanya membenarkan pemaju meruntuhkan ban yang baru dibina untuk kegiatan mengorek pasir.
“Apa mereka tidak tahu sebelum ini Kampung Sri Jaya sering mengalami masalah air sungai melimpah masuk kawasan rumah?
“Ban ini baru sahaja dibina kini dirobohkan dan berlaku pembaziran sehingga menyebabkan penduduk kampung menanggung kesannya,” katanya.
Dia yang sudah tinggal lebih 28 tahun di kampung berkenaan berkata, penduduk kampung ada berjumpa dengan pemaju dan meminta diselesaikan masalah tersebut.
“Mereka bina semula ban ini tetapi malangnya ia roboh dan sehingga hari ini pihak pemaju berdiam diri tanpa melakukan sebarang tindakan.
“Hari ini (kelmarin) air sudah mula pasang dan kerana ketiadaan ban ia melimpah lalu memasuki rumah saya dan penduduk berdekatan,” katanya.
Air melimpah masuk kebun bunga melur
Seorang lagi penduduk, Valiama Kupusamy, 81, terpaksa menanggung kerugian kerana air Sungai Perak melimpah memasuki kebun pokok bunga melur di belakang rumahnya.
“Saya menanam pokok bunga ini secara kecil-kecilan bagi menjana pendapatan kini ia ditenggelami air sungai dan saya khuatir pokok berkenaan akan mati,” katanya.
Katanya, jika masalah berterusan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila air pasang besar berlaku dalam masa dua minggu lagi.
“Saya mohon tindakan segera diambil dan jangan biarkan kami berhadapan dengan masalah yang sudah lama tidak berlaku,” katanya.
Adun Pasir Berdamar akan jumpa JPS
Adun Pasir Berdamar, Terence Naidu yang turut melawat dan mendengar aduan penduduk berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah itu.
“Saya menerima aduan penduduk sejak minggu lalu yang khuatir rumah mereka akan dimasuki air.
“Apabila saya melawat ia sama seperti dilaporkan, sudah tiada ban menghalang air sungai melimpah ke kawasan kediaman penduduk,” katanya.
Terence berkata, perbincangan akan diadakan dahulu bersama JPS dan akan memaklumkan segera tindakan apa yang bakal dilakukan.
“Jika hasil perbincangan kurang memuaskan saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dun minggu hadapan,” katanya.
Jumpa pemaju selesaikan segera masalah
Sementara itu, Ketua Kampung Batak Rabit, Hazli Sleiman ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, ban berkenaan pecah dilanggar oleh tongkang yang memasuki kawasan korek tersebut.
“Saya sudah berjumpa dengan pemaju dan mereka telah membaikinya sebelum ini tetapi ban tersebut runtuh kerana pusaran air di situ kuat.
“Malah pemaju memaklumkan untuk membina semula ban namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil oleh mereka,” katanya.
Dia juga sudah beberapa kali memaklumkan kepada pemaju bahawa penduduk bimbang air sungai melimpah memasuki rumah.
“Terutama sekali sekarang sedang berlaku air pasang dan ketiadaan ban sedikit sebanyak memberi kebimbangan kepada mereka.
“Saya bersama Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin akan membantu penduduk mencari jalan penyelesaian segera,” katanya.

No comments:
Post a Comment