HI CHI MINH - VIETNAM. Seorang lelaki ditahan selepas cubaanya untuk menyeludup burung hidup dengan menyembunyikan di dalam seluarnya gagal, lapor Mirror.uk
Lelaki itu yang dalam perjalanan ke Taiwan di tahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, di sini menyembunyikan 18 ekor burung di poket khas seluarnya dan sangkar yang diletakkan di dalam beg bagasinya.
Burung-burung berkenaan diletakkan di dalam beg kecil dengan sayap dan paruhnya dibiarkan keluar dan digantung di poket khas seluarnya, manakala beberapa ekor burung lain dimasukkan di dalam sangkar.
Sementara itu, Institut Biologi Tropika mengesahkan 11 burung berkenaan adalah dari spesies yang dilindungi seperti Copsychus malabaricus, Copsychus saularis dan Garrulax canorus.
Kebanyakan burung spesis berkenaan adalah dilarang untuk dieksport ke luar negara, lapor Thanh Daily.
Pihak kastam sedang menyiasat lelaki berkenaan yang dipercayai warga Vietnam.