WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Virus bawaan nyamuk, Zika disahkan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran termasuk sindrom yang mengakibatkan bayi dilahirkan dengan saiz kepala lebih kecil.
Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Tom Frieden memaklumkan saintis agensi itu telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian ke atas sampel di Brazil yang menunjukkan Zika boleh menyebabkan mikrosefali iaitu ukuran kepala lebih kecil dan kecacatan otak janin yang teruk.
"Penyelidikan itu menandakan titik perubahan dalam wabak Zika. Keputusan itu dibuat secara berhati-hati menggunakan kriteria saintifik," katanya memetik laporan diterbitkan menerusi New England Journal of Medicine.
Difahamkan, kajian lanjut juga sedang dilakukan untuk menentukan sama ada kanak-kanak yang dilahirkan dengan mikrosefali mungkin mengalami masalah perkembangan lain.

No comments:
Post a Comment