Norfarahim bersama produk kecantikan jenama Al-Yusrah.
FAFA Rara Sdn Bhd (Fafa Rara), pengeluar produk kecantikan milik Bumiputera, menerusi jenama Al-Yusrah menampilkan set pesona, dengan menyasarkan mereka yang menghadapi pelbagai masalah kulit, sama ada lelaki mahupun wanita, tanpa mengira umur.
Pengasasnya, Norfarahim Aziz berkata, set pesona yang mengandungi ‘liquid facial soap mild’ dan ‘magic whitening cream’ itu boleh mengatasi pelbagai masalah kulit termasuk merawat jerawat dan jeragat, yang dijual pada harga RM68 termasuk kos penghantaran.
“Pencuci muka Al-Yusrah ini boleh menghilangkan kemerahan dan cela pada wajah, menghilangkan jerawat dan parutnya, mengurangkan kulit berminyak yang menjadi punca jerawat serta meratakan tona kulit.
“Manakala, krim magik Al-Yusrah pula dapat mencerahkan kulit seawal empat minggu dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan pencuci muka.
“Ia sesuai dijadikan sebagai pek percubaan bagi mereka yang baru pertama kali hendak mencuba produk kecantikan jenama Al-Yusrah,” katanya.
Selain set pesona, Fafa Rara turut menawarkan tiga set lain iaitu jelita, menawan dan anggun.
Set jelita mengandungi satu unit ‘liquid facial soap mild’, ‘oxygen masker make up remover’ (satu) dan dua unit ‘magic whitening cream’, manakala set menawan pula mengandungi dua unit ‘liquid facial soap mild’ dan dua unit ‘magic whitening cream’, yang mampu bertahan selama dua bulan, dengan harga RM136 termasuk kos penghantaran.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, set anggun yang terdiri daripada satu unit ‘liquid facial soap mild’, satu unit toner dan seunit ‘magic whitening cream’, sesuai digunakan dan dijual pada harga RM119 termasuk caj penghantaran.
Produk berasaskan tumbuhan
Semua produk jenama Al-Yusrah adalah selamat kerana dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak tomato dan aloe vera.
Norfarahim berkata, Fafa Rara kini mempunyai lapan jenis produk di bawah jenama Al-Yusrah iaitu ‘liquid facial soap mild’, ‘oxygen masker make up remover’, toner, ‘magic whitening cream’, ‘massage cream’, minyak pelebat rambut, ‘aloe vera soothing gel’ dan ‘masker green tea’.
“Semua produk ini dikilangkan di Korea kecuali minyak pelebat rambut, yang dihasilkan di negara ini.
“Magic whitening cream antara produk yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pengguna Al-Yusrah.
“Ini kerana, krim ini juga boleh menjadi bedak asas dan menjadikan wajah lebih bersinar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini, Fafa Rara bakal mengeluarkan produk baharu iaitu skrub muka dalam pelbagai varian, dijangka hujung 2016.
"Kami dalam proses melakukan pembangunan dan penyelidikan bagi menghasilkan pelbagai varian skrub muka, untuk disesuaikan dengan kulit masyarakat Malaysia," katanya.
Pada masa akan datang, syarikat itu juga berhasrat mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan haruman menerusi jenama Al-Yusrah.
Kukuh jenama Al-Yusrah di pasaran
Pada masa kini, Norfarahim berkata, produk kecantikan Al-Yusrah yang beroperasi di Segamat, Johor itu dijual secara atas talian menerusi medium sosial seperti di Facebook Norfarahim Aziz dan halaman (page) Al-Yusrah, serta Instagram, Norfarahimaziz.
"Saya mengusahakan perniagaan ini secara sambilan kerana masih bekerja sebagai penyelia asrama di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat.
"Jadi ia memudahkan saya untuk menguruskan perniagaan ini menerusi platform medium sosial," katanya.
Selain itu, menurutnya, produk Al-Yusrah juga dipasarkan di empat butik vendor di Segamat, Johor dan Melaka, bagi memudahkan pelanggan yang mahu membeli terus produk itu di pasaran.
Walaupun jenama Al-Yusrah baru diperkenalkan 1 Julai tahun lalu, produk itu sudah mencatatkan jualan sebanyak 1,800 unit di pasaran Malaysia dan Australia.
"Kami mempunyai seramai 25 ejen berdaftar setakat ini di seluruh Malaysia dan Perth, Australia," katanya.
Menurutnya, Fafa Rara menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 10,000 unit produk Al-Yusrah sebulan, selaras dengan perancangan syarikat untuk mengembangkan perniagaan dan mengukuhkan jenama di pasaran tempatan.
Bagi mencapai sasaran itu, Fafa Rara berhasrat untuk menambah ejen jualan produknya.
"Kami membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis produk kecantikan Al-Yusrah, di seluruh Malaysia.
"Kami mahu produk Al-Yusrah ini dikenali ramai, sebelum merangka strategi untuk meluaskan operasi di negara lain," katanya.
No comments:
Post a Comment