PEMILIK Me'nate Steak Hub (Me'nate), Mustaffa Othman berkata, usahawan kafe hipster perlu menampilkan kelainan untuk terus kekal lama kerana hispter hanyalah mengikut trend sahaja dan bersifat sementara.
"Kebanyakan kafe hipster menyediakan menu dan minuman yang lebih kurang sama. Untuk terus kekal, mereka perlu menyediakan menu yang menarik dan berkualiti serta menepati selera pelanggan tanpa mengira peringkat umur.
"Hipster dikaitkan dengan golongan muda sahaja. Persepsi itu perlu diubah, mereka perlu menyasarkan pelanggan tanpa mengira peringkat umur dengan menyajikan pelbagai menu dan persembahan menu yang menarik," katanya.
Menurutnya, selain menyediakan makanan dan minuman, mereka juga perlu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kerana sebagai usahawan berperanan membantu pelanggan menjaga kesihatan mereka.
"Konsepnya mudah, jangan pulangkan penyakit kepada pelanggan. Setiap sen yang dibayar pelanggan adalah rezeki kepada kita," katanya.
Mustaffa berkata, sebagai usahawan makanan dan minuman, dia amat menitikberatkan soal kebersihan dan perkhidmatan pelanggan untuk terus kekal dalam perniagaan.
Tambahnya, walaupun sudah bertapak lebih tiga tahun, Mustaffa tidak mahu restorannya dikaitkan dengan makanan barat sahaja terutamanya daging.
"Saya memperkenalkan 18 menu baharu di restoran saya sejak April lalu yang dikenali sebagai Nate Go2 terletak di Taman Nirwana, Ampang menyajikan menu berasaskan daging, sup, roti kambing dan kari. Menu tersebut berlainan daripada restoran Me'nate lain.
"Ia bertujuan untuk mengelakkan pelanggan jemu untuk menikmati makanan di Me'nate. Malah, harga yang ditawarkan berpatutan mengikut berat dan jenis daging yang dipilih pelanggan," katanya.

No comments:
Post a Comment