Sunday, 8 May 2016

Jurusolek Scha al Yahya tampil jelas solekan macam bapok

Jurusolek Tiar Zainal memberitahu solekan pada wajah pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang dikatakan seperti berwajah 'bapuk' itu merupakan solekan yang belum selesai.

Tiar berkata, selain itu pencahayaan bilik yang terlalu terang membuatkan solekan pada wajah pelakon itu kelihatan tidak bersesuaian.
"Solekan yang dikatakan seperti bapuk itu sebenarnya belum siap lagi dan kalau tengok solekan selepas itu berbeza daripada dalam video yang dimuat naik Scha.

"Lagi pula pencahayaan bilik ketika itu terlalu 'keras' sehingga solekan tidak seimbang,"

"Saya kenal Scha sudah sembilan tahun dan menjadi antara jurusolek tetapnya, kalau dia tidak suka solekan saya, mengapa dia panggil saya selama ini?

"Perkara ini tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai jurumekap profesional kerana saya juga terbuka dengan kritikan yang membina," jelasnya kepada mStar Online.
Solekan itu dilakukan sempena rancangan Gempak Superstar yang bersiaran dari Johor Baru pada Ahad lalu menerusi siaran Astro Ria.

No comments:

Post a Comment