Najwa sedikit terkejut dengan berita mengatakan dirinya sudah berkahwin malah menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai sesuatu yang melucukan.
Menurut Najwa kepada sebuah portal akhbar, gambar itu sudah disebarkan oleh orang ramai sejak tahun lalu.
“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.Nama Najwa menjadi viral semalam dek penyebaran foto kahwin itu. Inilah foto yang hangat diperkatakan di laman sosial semalam.
“Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya.
Namun pemilik kepada foto itu dikenali sebagai Norreen telah tampil memberi penjelasan di laman Twitter bahawa gambar itu miliknya dan bukan Najwa Latif.
Jelas Najwa lagi kepada portal tersebut, dia mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mahu memuat naik gambar agar tidak menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab seperti yang dialami oleh sesetengah selebriti tanah air.
No comments:
Post a Comment