TANPA disedari, kelahiran ramai artis solo bermula daripada sebuah kumpulan muzik.
Namun, itu bukanlah bermakna kumpulan muzik itu mengalami sindrom ‘perpecahan’, tetapi lebih kepada memenuhi komitmen kerjaya masing-masing.
Bagi Masriezan Masri, langkah bergerak solo diambil demi mengisi kekosongan dalam diri.
Tambahan pula, vokalis kumpulan nasyid Varianz ini terikat dengan tugas hakikinya sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.
Sememangnya, pemuda berusia 30-an ini hampir dengan insan tersayang dan punya kerjaya tetap, namun ia tidak cukup memberi kepuasan hati.
"Selepas pulang ke kampung halaman, saya rasa kehilangan walaupun mempunyai kerjaya selesa dan keluarga bahagia.
"Alhamdulillah, isteri saya menyedari akan kekurangan itu dan dia banyak memberi kata-kata semangat.
"Bahkan, isteri adalah ‘orang kuat’ sekali gus memberi sokongan agar saya kembali menyanyi dan menghasilkan lagu,” katanya.
Bahkan, Masriezan turut memohon restu daripada semua ahli kumpulan demi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan faham kelak.
"Saya bertuah kerana semua ahli Varianz saling menggalakkan apa sahaja aktiviti ingin dilakukan.
"Bahkan, saya sendiri tiada masalah dengan perjalanan karier seni Varianz.
"Pastinya, saya akan cuba membahagikan masa untuk kedua-duanya," katanya.
Tambah Masriezan lagi, kumpulan Varianz masih lagi wujud dalam industri nasyid tempatan.
Katanya, walaupun tidak aktif, hubungan yang terjalin sesama ahli Varianz lebih bersifat kepada ukhuwah dan persahabatan.
"Insya-ALLAH, kita akan keluar dengan single terbaharu, tidak lama lagi," katanya
Sebelum ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 ini pernah menerbitkan album sulung, Dunia Baru pada 2011.
"Pada mulanya, kumpulan ini ditubuhkan hanya untuk memeriahkan sementelahan lagi kita semua aktif membuat persembahan di institut pengajian tinggi (IPT).
"Tiada langsung niat mahu menerbitkan album. Tapi, apabila masing-masing sudah berkerjaya, baharulah terfikir untuk membikin album," katanya.
Mengejar impian
Atas dasar itu, Masriezan tekad untuk tampil dengan album solo sulungnya, Mengejar Impian, sekitar awal tahun lalu.
Mengulas lanjut, album itu hadir dek berbekal minatnya yang mendalam serta rasa tanggungjawab sosial untuk berdakwah melalui hiburan.
"Konsep album ini adalah hiburan sambil berdakwah. Namun, ia masih lagi bergenre pop.
"Setiap lagunya mudah difahami kerana liriknya yang tidak terlalu berkias ditambah pula dengan susunan muzik yang bagus," katanya.
Lebih istimewa, kata Masriezan, album ini memuatkan lapan lagu iaitu Mencintaimu, Insan Teristimewa, Mengejar Impian, Keagungan-Mu, Pergilah Dunia, Gaza, Kenangan Terindah dan Insan Teristimewa (versi akustik).
"Semuanya adalah lagu ciptaan saya sendiri. Paling menarik adalah lagu Insan Teristimewa yang saya cipta khas buat ibu bapa saya. Alhamdulillah, lagu ini juga menjadi antara 10 lagu terbaik di Carta Ikim.FM.
"Saya juga menyanyikan semula lagu popular Varianz, Pergilah Dunia melalui cara saya sendiri. Kali ini, saya membawanya dengan gaya dan muzik yang lebih segar agar ia tampak berbeza," katanya.
Namun, entah di mana silapnya, Masriezan mengakui album sulungnya itu tidak mendapat sambutan.
"Kebanyakan masa saya banyak dihabiskan di Sabah. Saya mengakui saya kurang melakukan promosi bagi melancarkan jualannya.
"Namun, saya tidak meletakkan perkara itu sebagai halangan untuk saya terus berkarya. Ini kerana, niat utama saya adalah untuk berdakwah," katanya.
Bahkan, Masriezan kini aktif mencipta lagu khas buat artis baharu kelahiran Sabah seperti Atip, Irwandi dan Wan Najib.
"Saya juga aktif mencipta lagu khas buat anak-anak murid terutamanya ketika menyertai pelbagai pertandingan nasyid," katanya.
Masriezan juga bakal mengeluarkan single terbaharu, Jom Solat menjelang Ramadan nanti.
"Asalnya lagu ini saya cipta khas buat anak-anak murid saya. Tetapi, mereka pula yang menggalakkan saya untuk mengetengahkannya ke pasaran.
"Mesejnya sangat jelas iaitu mengajak masyarakat segera bersolat," katanya.

No comments:
Post a Comment