Thursday 5 May 2016

Suami Maria Farida buat report Polis gara-gara bekas isteri....


Suami kepada Maria Farida, Datuk Rahman Shakur, telah membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan akibat dilanggar oleh bekas isterinya iaitu Karen Rayyan.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 4 petang, semalam. Sementara itu, bekas isterinya turut membuat laporan pada jam 5.30 petang.

Menurut Karen, dia tidak melanggar lelaki terbabit, sebaliknya cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka. Dalam kejadian itu, Rahman terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Untuk rekod, kes Rahman dan Karen akan dirujuk ke mahkamah untuk proses hak penjagaan anak mereka.

No comments:

Post a Comment