BUKIT BESI - Melalui mekanisme dan strategi pemasaran dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), 10 usahawan berjaya menjual sebanyak lima tan kuih raya pada Ramadan lepas.
Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail memaklumkan, setiap usahawan terlibat menghasilkan 500 kilogram (kg) kuih raya melalui program itu yang merupakan salah satu kaedah untuk membantu usahawan berpotensi tinggi terus maju ke hadapan.
Menurutnya, kesemua produk dihasilkan, antaranya karipap mini, popia mini, rempeyek, agar-agar kering, kuih siput serta pelbagai lagi dipastikan berkualiti tinggi dan berjaya dijual dalam tempoh sebulan.
"Kita kenal pasti 10 usahawan berpotensi dan bantu mereka meluaskan pasaran produk. Kita tidak berhasrat menambah kuantiti melalui projek ini kerana apa yang lebih penting adalah kualiti.
"Dalam menghasilkan produk seperti diminta Ketengah, sudah pasti usahawan tidak bekerja sendirian dan mereka akan minta bantuan ahli keluarga, sanak saudara atau orang lain. Pendekatan ini akan membawa manfaat kepada banyak pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ketengah, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Terengganu, di sini, baru-baru ini.
Omar berkata, perkara lebih penting pada ketika ini adalah mencari jalan untuk meneruskan pasaran bagi kesemua usahawan terlibat agar projek perintis dilaksanakan tidak terhenti begitu sahaja.
Katanya, sebelum ini produk-produk dihasilkan usahawan berkenaan dijual sendiri secara kecil-kecilan dan kini pihak Ketengah membantu mereka untuk membuka peluang pasaran lebih besar.
"Kita mahu kekalkan pasaran seperti ini dan berhasrat untuk memasarkannya ke peringkat lebih luas. Kerana itu aspek kualiti termasuk pembungkusan perlu dititikberatkan. Apabila 10 usahawan ini sudah maju, mereka akan jadi contoh dan bimbing usahawan lain," katanya.
Lebih 5,000 pengunjung hadir ke majlis berkenaan termasuk pemimpin masyarakat, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta penduduk sekitar.

No comments:
Post a Comment