JEDDAH - ARAB SAUDI. Arab Saudi dilaporkan telah memperbaharui fatwa yang pernah dikeluarkan Jawatankuasa Tinggi bagi Kajian Saintifik dan Undang-undang Islam berhubung permainan terbaharu, Pokemon Go, lapor Agensi berita.
Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan kartun tersebut dan permainannya.
Menurut ulama, kartun pokemon itu menggunakan simbol-simbol seperti garisan silang menyerupai salib, segi tiga yang melambangkan Freemason dan simbol Shintoisme Jepun yang berdasarkan kepercayaan terhadap lebih daripada satu Tuhan.
Demam Pokemon Go yang sudah mula menjadi kegilaan di merata dunia sejak ia dilancarkan pada dua minggu lalu, kini turut melanda Arab Saudi.
Ketua Pengarah Jabatan Trafik Wilayah Timur Arab Saudi, Mejar Jeneral Abdullah Al-Zahrani berkata para pengguna jalan raya yang didapati bermain permainan tersebut semasa memandu akan didenda RM325.
"Bermain pokemon akan mengganggu tumpuan pemandu dan mungkin menyebabkan kecederaan atas dirinya sendiri serta para pengguna jalan raya dan pejalan kaki yang lain,” katanya.
Namun, setaka ini belum ada lagi yang ditangkap kerana bermain Pokemon Go semasa memandu.
Beliau menambah, agensi-agensi keselamatan yang lain juga diberi kebenaran untuk mengenakan denda terhadap para pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.
Penguasa Pengurusan Telekomunikasi (TRA) Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan permainan elektronik yang menggunakan lokasi geografi boleh digunakan sebagai bahan bukti terhadap para pemain bagi kegiatan jenayah.
TRA memberi amaran bahawa Pokemon Go menceroboh privasi pengguna dan membolehkan elemen-elemen jenayah seperti penggodam mengintip keberadaan pengguna dan risiko jenayah ketika berada di lokasi-lokasi terpencil.
Pokemon Go adalah permainan yang menggunakan lokasi satelit, grafik serta keupayaan kamera telefon pintar bagi meletakkan hantu-hantu kartun seolah-olah berada di alam nyata, mencabar para pemainnya supaya menangkap dan melatih makhluk-makhluk tersebut untuk berlawan antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment