MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Polis Missouri berkata, empat remaja ditahan atas tuduhan merompak dengan mengumpan mangsa melalui aplikasi permainan terbaharu, Pokemon Go, lapor AP.

Polis berkata, empat remaja berkenaan, mengumpan mangsa ke sebuah kawasan di O'Fallon, luar St Louis sebelum bertindak merompak mereka.

Permainan baharu yang dilancarkan dan menjadi fenomena dunia ketika ini akan membawa pemain ke lokasi bagi mengumpulkan pelbagai makhluk.

Suspek menggunakan permainan itu mengumpan mangsa dengan meletakkan tanda "beacon' di lokasi bagi menarik pemain.

Polis kemudian menahan empat remaja selepas melakukan romapakan berdekatan sebuah stesen minyak.

Pendakwa raya berkata, ketiga suspek berkenaan, Shane Michael Backer,18,, Brett William Miller,17, Jamine D. Warner, 18, akan didakwa atas tuduhan melakukan rompakan sementara suspek keempat yang berusia 16 tahun akan dipindahkan ke pusat juvana.

Polis berkata, suspek mungkin telah terlibat dalam rompakan sama di sekitar St Louis.