SELEPAS melalui beberapa episod kekecewaan dalam percintaan, penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene akhirnya menemui kebahagiaan selepas bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil.
Memilih tarikh 23 Julai sebagai hari bersejarah, pasangan ini sah bergelar suami isteri tepat jam 12.55 tengah hari di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.
Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty, Abdul Hamid Hassan.
Lebih bermakna, ibu bapa Dani turut hadir menyaksikan perkahwinan anak mereka.
Turut memeriahkan majlis ialah penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail.
Pada majlis itu, Dani menyerahkan mas kahwin RM300 diiringi lima dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pengantin perempuan manakala jumlah wang hantaran yang diterima Hetty adalah RM53,500.
Usai majlis pernikahan, penyanyi lagu Sangsi Asmara itu nyata lega dan bersyukur serta berharap perkahwinannya bersama Dani kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Selepas bertunang pada hujung tahun lalu, banyak dugaan yang kami lalui. Bab bergaduh dan bantah membantah jangan cakaplah.
“Tapi apabila difikirkan semula, buat apa nak bergaduh kerana masing-masing sudah matang.
“Saya akui kadangkala membantah tanpa sebab yang relevan, mujur Dani penyabar orangnya dan disebabkan itu juga hubungan kami kekal utuh sehingga ke jinjang pelamin,” katanya.
Pelakon drama bersiri Sembilu Kasih ini juga mendedahkan personaliti Dani yang mudah mesra dengan keluarganya serta tidak sombong berjaya memikat hatinya.
“Dia serius melamar saya selepas memeluk Islam pada 30 Mei tahun lalu. Saya sendiri terkejut kerana agak sukar menerima cinta baru selepas gagal dalam perhubungan lalu.
“Namun, sikapnya berjaya menambat hati malah hubungan mesranya dengan ibu bapa dan keluarga saya membuatkan kami terus rapat dan serasi bersama,” katanya.
Ikut suami
Hetty berkata, sebagai seorang isteri dia akur sekiranya Dani mahu kembali menetap di London walaupun suaminya itu masih ada tempoh beberapa tahun di Singapura.
“Sekiranya dia berhasrat pulang ke London atau ke mana-mana, sebagai isteri saya tetap akan ikut. Sikap saling memahami amat penting bagi memastikan hubungan kami berjalan lancar dan bahagia,” katanya.
Sementara itu, pasangan ini masih merancang majlis resepsi pihak lelaki di London dan kemungkinan diadakan hujung tahun ini.
“Kami perlu cari tarikh sesuai bagi memudahkan keluarga kedua belah pihak merancang dan hadir ke majlis kami.
“Mengenai anak pula, kami serahkannya pada ketentuan ALLAH SWT dan jika tiada aral melintang kami akan berbulan madu pada Oktober nanti. Destinasi impian kami ialah Iceland atau London,” katanya.
Kembali aktif
Mengulas mengenai kerjaya seninya, Hetty berkata, dia teringin untuk kembali memeriahkan persada seni Malaysia kerana ia sudah menjadi minat dan keutamaannya sebelum ini.
“Saya lama berehat kerana berasa amat penat, masakan tidak kerjaya nyanyian saya bermula pada usia 16 tahun dan selepas itu saya berlakon pula.
“Ketika itu, saya tidak dapat menikmati keindahan zaman remaja kerana fokus kepada kerja. Mungkin selepas ini saya pertimbangkan untuk kembali aktif, malah suami juga tidak pernah menghalang karier dan minat saya,” katanya.
Menurutnya, Yusof Haslam sendiri ada bertanya dan membuka peluang sekiranya dia berminat untuk kembali berlakon.

No comments:
Post a Comment