MESKIPUN baru pertama kali diadakan, program Jelajah Kembara Cinta 2016 dilihat berjaya menambat hati masyarakat setempat.
Masakan tidak, keseluruhan segmen yang ditampilkan sangat padat dan terkesan di hati pengunjung bertepatan dengan temanya ‘Dakwah, Kemanusiaan dan Hiburan Islamik’.
Pengarah program, Zaini Ghazali berkata, penganjuran program seumpama itu bertujuan memartabatkan, sekali gus mengembalikan semula kegemilangan industri nasyid tempatan di negara ini.
“Alhamdulillah, walaupun sambutan yang diterima sangat sederhana, tetapi usaha murni ini sewajarnya dipuji.
“Program seumpama ini adalah satu cara untuk mengembalikan semula nostalgia industri nasyid yang pernah rancak sekitar tahun 1990-an.
“Kami mahu program ini menjadi bukti dan tanda yang industri nasyid tidak pernah mati sebaliknya terus mekar serta mendapat sambutan hangat seperti dahulu,” katanya kepada Zass.
Zaini berkata, program Jelajah Kembara Cinta 2016 mengetengahkan lima slot utama iaitu Sesi Ramah Mesra dan Santai Syawal, Dari Wanita Untuk Wanita, Mencintai ALLAH SWT dan Rasul SAW, Cinta Dakwah dan Misi Kemanusiaan serta Malam Kembara Cinta.
“Kemuncak kepada program ini adalah melalui slot Malam Kembara Cinta yang dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi nasyid terawal tanah air seperti Ustaz Nazrey Johani dan Zulfadli Mustaza atau lebih mesra disapa sebagai Affad.
“Jujurnya, persembahan daripada dua vokalis itu boleh diibaratkan sebagai satu ‘reunion’ apatah lagi selepas 20 tahun.
“Persembahan malam itu juga dijayakan Ustaz Muniff Ahmad dari kumpulan Hijjaz dan Suhaimi Saad serta anak-anaknya,” katanya.
Menurutnya, slot lain yang dibawakan turut mendapat perhatian daripada peserta.
“Kami dimaklumkan kehadiran penyanyi, Encik Mimpi ketika slot Cinta Dakwah dan Misi Kemanusiaan yang dikelolakan oleh aktivis Noorazman Shamsuddin.
“Jujurnya, kami teruja dengan kehadiran penyanyi tersebut yang difahamkan aktif dalam kerja-kerja sukarelawan,” katanya.
Katanya lagi, program berkenaan turut dimeriahkan dengan pembabitan selebriti lain seperti Heliza Helmi dan Ustazah Fatimah Syarha.
Capai matlamat
Tidak cukup dengan itu, kata Zaini, penganjuran program Jelajah Kembara Cinta 2016 juga dilihat menepati matlamat yang disasarkan.
“Kami mahu masyarakat khususnya golongan belia dan remaja berpeluang menimba ilmu tetapi dalam suasana yang penuh santai.
“Sebab itu, kami menggunakan pendekatan dalam penyampaian dakwah menerusi suasana yang santai tetapi berkesan.
“Lagipun, segala pengisian bersifat ‘ringan’ selain menggalakkan agar masyarakat terus bersikap positif,” katanya.
Pada masa sama, Zaini mengakui tidak berkecil hati dengan jumlah penyertaan yang diterima dan beranggapan ia adalah sesuatu yang normal.
“Kami sudah lama terjebak dalam penganjuran sesuatu acara.
“Jujurnya, ia bukanlah suatu masalah kerana dalam penganjuran acara seperti ini pastilah ada turun naiknya.
“Lagipun, kami puas hati dengan segala kelengkapan yang telah disediakan,” katanya.
Tidak serik dengan situasi yang melanda, Zaini berhasrat untuk meneruskan program Jelajah Kembara Cinta di Singapura pada 18 November depan.
“Saya dapat tahu, industri nasyid kini semakin rancak di Thailand dan Singapura.
“Jadi, bagi terus memeriahkannya, kami akan membawa program ini ke Singapura sekitar November depan,” katanya.
Program Jelajah Kembara Cinta 2016 dianjurkan oleh IBR Resources dengan kerjasama Palma Brand Camel Milk Sdn Bhd, Nazrey Johani Management, Sinar Harian, Islamic Relief Malaysia (IRM), Maahad Tahfiz Bayu Syahadah, Malaysia International Humanitarian Organization (MHO) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).
Difahamkan, sebahagian daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada tabung misi kemanusiaan IRM dan Maahad Tahfiz Syahadah.

No comments:
Post a Comment