Tuesday 23 August 2016

Awie harap dapat hak penjagaan anak

Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 9, akan berpihak kepadanya.

Awie berharap apa sahaja yang diusahakan selama ini daripada awal terutama berkaitan anak-anaknya membuahkan hasil.

"Saya harap sesuatu yang baik berpihak kepada saya selepas apa yang saya usahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga berharap saya tidak lagi teraniaya.

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini (ISNIN), apa yang saya cakap semua relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah sana (Rozana)," ujarnya kepada mStar Online.
Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Keputusan kes tersebut akan diputuskan selepas selesai semakan di Mahkamah Rayuan Syariah pada Oktober 2016.

No comments:

Post a Comment